Friday, August 8, 2008

OGOS datang lagi


Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan


( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini


Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki


Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini


( ulang korus )


Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan


Bulan kemerdekaan Malaysia datang lagi
Tapi kali ini aku di bumi asing
Bumi yang tidak akan mengerti makna 31 Ogos 1957
Semangat patriotisme bersemarak di hati
Rindu pada tanahair makin mendalam
Namun aku belum bisa pulang
Masih ada sesuatu yang harus kulangsaikan di sini
Kerana perjuanganku belum selesai
Kerana akulah penyambung warisan



Kepada kawan-kawan terutama yang di perantauan, Selamat Menyambut bulan Kemerdekaan !! Semoga negara kita dilimpahi rahmat dan keamanan. Walaupun politik negara bergolak, kita masih ada peranan yang harus dilaksanakan. Ini kerana, dalam sedar mahupun tidak,kitalah sebenarnya yang mencorakkan masa depan negara..

Sebagai tanda sokongan pada negara, datanglah beramai-ramai ke gerai Malaysia di festival Southeast Asian Night Market bertempat di TSB Bank Arena, 16 Ogos 2008 bermula 2 petang hingga 10 malam. (tiba-tiba kempen gerai.hehe.kunjungi Wellington UMNO Club stall nanti ye.)


/\/\
-_- have a good day



1 comment:

JHaZKiTaRo said...

SALAM ZIARAH DARI DUBLIN.. JEMPUT2 LA SINGGAH MY BLOG.. :)