Sunday, June 15, 2008

Nanar

Ada apa dengan cinta?
Jika hanya mengguris jiwa
Merobek rasa mengukir sengsara

Ada apa dengan jiwa?
Asyik leka dibuai lara
Tak tersedar ke mana halanya

Ada apa dengan gusar?
Andai semua sudah terpapar
Perhentian-perhentian untuk kukejar

Ada apa dengan kecamuk?
Mengundang amarah menjemput amuk
Tubuh digerak nadi yang mabuk

Ada apa dengan sesal?
Tatkala segunung harapan dikepal
Tiba-tiba terburai dek nafsu yang nakal

Seringkali aku terfikir
Apakah aku terlalu fakir?
Tiada insan mahu memparkir
Membuat aku rasa terpinggir

Ingin sekali aku mendengar
Mereka berhenti omong sebentar
Mengalun irama penghapus hingar
Kerna tak tertanggung runsing yang menular

2 comments:

loAni said...

hmm... ko tulis ke mimi? menarik2

mimiqt said...

yep. haha. zaman skolah2 dulu. skarang otak dah mcm ais. tak terkeluar ayat canggih2 lagi.hikhik